Mudd Nadzri
Hi, saya mudd nadzri. saya akan membantu anda melindungi harta sedia ada dan menambah simpanan emas dengan strategi yang tersusun.
KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

Pulangan tinggi
Memberi kadar pulangan yang tinggi untuk jangka masa panjang

Pelaburan bijak masa depan
Satu aset pelaburan yang meningkat nilainya tanpa perlu berbuat apa-apa

Mudah Dicairkan
Simpanan yang sangat mudah dicairkan dan laku sepanjang zaman

Jual beli online
Tidak memerlukan pihak ketiga untuk jual beli dan boleh membuat transaksi 24/7

Mesra ar-rahnu
Emas fizikal boleh dicagarkan di mana-mana Ar-Rahnu

Aset warisan
Aset bernilai yang boleh dikumpul secara berdikit dan boleh diwariskan secara terus tanpa campurtangan pihak ketiga

Kenapa TMG Wealth?
TMG memudahcara simpanan emas anda yang sesuai dengan semua peringkat usia. Dengan hanya serendah RM50, anda boleh mula menyimpan emas dan mengeluarkan emas fizikal pada bila-bila masa. Harga dikemas kini secara harian, tanpa markup tersembunyi. Segalanya fleksibel: simpanan emas boleh jual semula, produk emas boleh dipajak di ar-rahnu, dan jaminan belian semula oleh KAB Gold. Emas bukan sekadar simpanan, tapi perlindungan nilai jangka panjang yang kalis inflasi — dibimbing oleh pasukan berpengalaman dalam komuniti yang menyokong perjalanan kewangan anda.
Kenapa KAB Gold?
KAB Gold ditubuhkan pada tahun 2017 oleh Ustaz Mohamed Khairul Anuar bin Mohd Basri (Ketua Pegawai Eksekutif) dan Tan Sri Dr. Mohd Daud bin Bakar (Pengerusi) mempunyai 2 cawangan seluruh Malaysia iaitu ibupejabat di Gombak, Kuala Lumpur dan cawangan tunggal di Kulim, Kedah.

Patuh Syariah & dipandu Syariah
KAB Gold merupakan syarikat jual beli emas 100% milik bumiputera yang diiktiraf dan dipantau ketat dari masa ke masa oleh Penasihat Syariah Dr. Ahmad Sufyan Che Abdullah.
Kepatuhan syariah meliputi semua produk Uncang Emas, produk Belian Terus, sistem dan juga insentif kepada Wakil Jualan.

Tiada Yuran Pendaftaran
Membuka akaun emas di KAB Gold adalah PERCUMA dan keahlian adalah sah seumur hidup tanpa sebarang bayaran atau yuran tahunan.
Simpanan Uncang Emas/ Uncang Emas Plus juga adalah PERCUMA tanpa dikenakan caj simpanan.

Transaksi Secara Atas Talian
KAB Gold menyediakan transaksi jual beli emas secara atas talian yang beroperasi 24 Jam sehari, 365 hari setahun.

Jaminan Belian Balik
KAB Gold menjamin belian semula semua produknya. Secara amnya, kadar perbezaan antara harga jual dan harga beli balik produk (spread) KAB Gold adalah 6-9% mengikut denominasi.
KAB Gold juga menerima belian balik produk jenama selain KAB Gold dengan syarat tertentu pada harga yang berpatutan.

Inovasi Produk Terbaik
KAB Gold terus menerajui industri emas tempatan sebagai perintis dalam memperkenalkan produk inovatif, yang kemudiannya menjadi penanda aras dan ikutan para pesaing.
Usaha ini selaras dengan komitmen syarikat untuk membantu pelanggan mengembangkan portfolio simpanan emas secara strategik dan berdaya saing.

Siapa di sebalik KAB Gold?
Hanya di sini tiga orang Pakar Syariah di bawah satu bumbung

Tan Sri Dr. Mohd Daud bin Bakar
Pengerusi
KAB Gold
Tan Sri Dr. Mohd Daud bin Bakar adalah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie. Beliau mendapat ijazah pertamanya dalam bidang Syariah di University of Kuwait pada 1988 dan seterusnya memperoleh Ph.D. dari University of St Andrews, United Kingdom pada 1993. Beliau terus menggali ilmu dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens di Universiti Malaya pada 2002.
Beliau menyumbang bakti sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Astana International Financial Centre (AIFC), Kazakhstan, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, First Abu Dhabi Bank (UAE), dan juga Permodalan Nasional Berhad. Beliau memainkan peranan penting sebagai ahli Badan Penasihat Syariah pelbagai institusi kewangan global, antaranya National Bank of Oman (Oman), Amundi Asset Management (Perancis), Morgan Stanley (Dubai), Bank of London and Middle East (London), BNP Paribas (Bahrain) dan Dow Jones Islamic Market Index (New York).

Mohamed Khairul Anuar bin Mohd Basri
Ketua Pegawai Eksekutif
KAB Gold
Ust. Mohamed Khairul Anuar bin Mohd Basri adalah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, KAB Goldynamics Sdn. Bhd. Beliau juga adalah pemilik Kumpulan Syarikat KAB iaitu KAB Media, KAB Foods and Beverages, Pertubuhan KAB dah Koperasi KAB.
Selain menguruskan perniagaan sendiri, beliau juga aktif dalam bidang kepenasihatan Syariah. Ini kerana beliau adalah Penasihat Syariah yang disahkan oleh Persatuan Penasihat Syariah bagi Kewangan Islam Malaysia (ASAS). Kini beliau adalah Ahli Majlis Penasihat Syariah, Sumitomo Mitsui Banking Corporation (Malaysia) Berhad dan Koperasi Dagang Emas (Pulau Pinang) Berhad.

Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
Penasihat Syariah
KAB Gold
Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Wakaf Bharu, kemudian di Sekolah Menengah Ugama Maahad Muhammadi Pasir Pekan, dan seterusnya di Maahad Muhammad Lelaki Kota Bharu, Kelantan. Beliau kemudian memperolehi Sarjana Muda Syariah & Pengurusan di Universiti Malaya, dan Sarjana Syariah dengan pengkhususan dalam Kewangan Islam (Fiqh Kewangan), juga dari Universiti Malaya, masing-masing pada tahun 2003 dan 2008. Pada tahun 2015, beliau memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi dan Perbankan Islam dari Universiti Yarmouk, Jordan.
Beliau memulakan kerjayanya di Universiti Malaya pada tahun 2005 sebagai Fellow. Kini beliau adalah pensyarah kanan di Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Abdul Shukor Bin Anuar
Pengesahtulen Emas & Perak
KL Assay Office
Tuan Abdul Shukor mengasaskan KL Assay Office pada tahun 2002 dan menjadi peneraju dalam industri logam berharga di Malaysia. Kepakaran beliau adalah dalam menjalankan ujian terhadap logam selain latihan kepada pengendali Ar-Rahnu yang menggunakan peralatan canggih dalam memenuhi standard piawaian yang ketat dengan penilaian yang tepat dan kos efektif.
Setiap produk fizikal emas dan perak KAB Gold disahtulen oleh KL Assay Office.
Mudahnya menyimpan emas!
Sama ada nak simpan serendah RM50, simpan untuk jangka masa panjang, atau belian terus emas fizikal, KAB Gold sediakan 3 pilihan fleksibel untuk anda mulakan hari ini:
Uncang Emas – serendah RM50 & boleh difizikalkan setelah 15 hari
Uncang Emas Plus+ – pilihan bijak untuk pelaburan anda dengan harga lebih rendah
Belian Terus – emas fizikal siap pos atau ambil sendiri di KAB Gold



